Tuesday, January 08, 2019

Tutorial: #1 Instagram Widget for blogspot

Assalamualaikum and happy new year :)
Haa rasa berkurun lamanya tak update blog ni tapi jangan risau okayy blog ni masih 'hidup' insyaAllah. So sempena meraikan awal tahun, marilah kita belajar sesuatu hehe :D Kami nak ajar macam mana nak buat instagram widget untuk blogspot. Maybe ramai yang dah tau or maybe ada yang taktau. Ke hampa taktau instagram widget untuk blog tu macam mana? Satt naa kami tunjuk.


Macam ni la rupa instagram widget tuuuuu

Sapa2 yang ada ig personal ka ig shop ka kalau nak share dengan orang lain boleh la letak dalam blog hampa. Macam kami, kami buat business kecil-kecilan jadi kami letak ig shop kami dalam blog. Jemput la tengok2 naa ig shop kami @keina.clothing heheh sempat promote. Ok nak buat instagram widget ni mudah sajaa. Jom start!

  1. Hampa bukak link ni dulu > Instagram Widget <
  2. Nanti dia akan keluar mcm tempat untuk hampa fill in the blank tau.



Haa dia kakan keluaq macam ni. Pastu hampa edit la bagi secukup rasa ikut kreativiti sendiri ok?

       3. Lepas dah habis edit tu, dekat bawah sekali akan keluar code. Tapi before copy                                     generate code tu makesure hampa tekan preview dulu tau.


       4. Lepas dah copy code tu hampa paste dekat widget blog macam biasa. Done! Pastu try la save             and preview blog hampa nak tengok jadi ka dakk. Senang ja kan? Kalau jadi cer comment ok :)

Thank you for reading !

Wednesday, May 16, 2018

Life in Matrikulasi Kedah, Bruhhh! ( Part 2)


*ignore my awkward pose =.=*

Assalamualaikum :) 
Since ramai adik2 bertanya pasal life dekat matrik best ke tak? Maka terhasillah part 2 ni. hehe. sesiapa yang belum baca part 1 boleh > tekan sini < fyi, akak baru habis matrik 5/5/18 yg lalu. alhamdulillah. Sekarang tengah tunggu result PSPM IV. Doakan sis ! So harini akak nak listkan pros dangan cons sebagai seorang student matrikulasi :) kita mulakan dengan pros dulu ye

Pros
  1. Life dekat matrik ni lebih teratur and sesuai untuk yang tak pernah duduk asrama so bila jejak uni nanti taklah rasa homesick sangat atau kena kejutan budaya sebab asrama kat matrik ada felo yang jaga kita and bawak gi klinik kalau ada emergency ke apa. Makanan pun mur mur and sedap hehe. So penjimatan dah banyak kat situ.
  2. Setiap bulan akan dapat elaun rm250 bagi pelajar yang layak ( Start batch 17/18 student yg pendapatan keluarga rm10000 keatas tak layak dapat elaun. Kalau tak silap la ) So bagi pelajar yang kurang berkemampuan, duit elaun ni sedikit sebanyak dapat ringankan beban kita :) Pastu kita pun layak dapat baucer buku rm150 lagi tau :D
  3. Banyak kemudahan macam mesin atm, transkoop ( kolej lain taksure ada ke tak tapi matrik ada bas untuk student jauh balik kampung masing2 ) , ada koop yang jual macam2 kemudahan, mini pos dan banyak lagi. CC pun ada untuk sesiapa yang tak ada laptop. Kalau nak makan makanan sedap2 sikit boleh order dekat abang cc mintak tolong belikan tp ada extra charge la dalam seringgit camtu hehe
  4. Pembelajaran pun best sebab lecturer semua best2, muda2 and cantik2 hahaha. kalau dapat lec yang sporting lagi best sebab selalu belanja macam2. Pastu matrik ada cubic yang lebih kurang macam bilik guru. Kalau tak faham apa2 boleh terus gi cubic tanya lecturer sebab lecturer ramai and semua baik2 :)
  5. Kat matrik kita dilatih untuk buat presentation kat depan. ni pun sebagai persediaan sebelum masuk uni tau :D
  6. Untuk bilik, akan ada 4 orang stay dalam satu bilik. Tapi jangan risau sebab bilik besaq gila pastu ada kemudahan bilik iron so tak payah susah2 bawak iron dari rumah. Ekceli memang takleh bawak pun :P
  7. Waktu kelas yang stabil, start pukul 8 habis pukul 4 petang. Kalau hari khamis, kelas start pukul 8 - 1 ja sebab selalunya petang khamis tu akan ada mentor mentee atau perjumpaan dengan pengarah dsbginya. Gap untuk solat pukul 1-2. Tapi jangan risau sebab sebelum gap 1-2 selalunya akan ada gap lagi. Senang cerita kalau untung, ada student yang kelas dia start pukul 9 ada yang sehari dia cuma kena attend 3 kelas ja. Tak pressure langsung okey.
  8. Kat matrik ada banyak aktiviti yan best2 macam kelab frisbee, memanah, golf dan sebagainya. Stay matrik bukan kena belajar 24 jam je tau. Pertandingan ratu cantik pun ada ok!
  9. Pastu setiap bulan boleh pulang bermalam 3 hari 2 malam dekat rumah masing2. Tapi aku perasan aku banyak balik rumah sebab cuti banyak sangat. hahah ada minggu yang minggu ni boleh balik, minggu depan pun boleh balik lagi. tak ke seronok macam tu?
  10. Matrikulasi adalah pusat untuk mengambil MUET. So, nanti kalau nak sambung degree tak payah susah2 nak ambik MUET kat tempat lain. Ambik kat matrik je sesiap hehe

Cons
  1. Elaun kekadang lambat masuk sebab faham2 jelah dengan keadaan negara kita ni kan. So kena pandai2 berjimat sebab pernah elaun delay sampai 2 bulan.
  2. Masalah air dengan elektrik tapi ni benda biasalah kan kalau stay asrama huhu
  3. Peraturan macam dekat sekolah. huhu outing waktu weekend ja pastu tak boleh bawak masuk orang luar sesuka hati.
  4. Kena pakai baju kurung sahaja sepanjang kuliah kecuali kalau ada kelas koku kena pakai tshirt kmk. Siapa yang rajin iron baju kurung tu, benda ni bukan masalah besar buat hampa hehe

Setakat ni dulu kot yang boleh akak listkan pros dengan cons belajar dekat matrik. hehe nanti kalau ada lagi, akak update sini or maybe part 3 pulak? :p Kesimpulannya, nampak tak pros dia lagi banyak dari cons?? Tak rugi dik kalau masuk matrikulasi. Senang nak perform insyaAllah :) Siapa yang dapat MATRIKULASI KEDAH tu good luck eh. Belajar rajin2 hehe

Kalau nak tanya apa2 bole dm kat ig atau twitter untuk fast respons !

Twitter: nrinsyrh_
Instagram : insyirahabdulrahim


 Ni dataran bola keranjang depan asrama perempuan :)




Cantik kan kmk?


Wednesday, November 22, 2017

My experience sitting for MUET

Image result for MUET

Assalamualaikum people,
So November haritu aku ambik MUET sesi November dan March tahun depan pun aku akan ambik MUET lagi sekali. Eh kenapa ambik 2 kali? Haa, bergini ya ibu2 sekalian. Sir English aku suggestkan ambik MUET 2 kali untuk bulan Nov dengan March sebab sir aku kata kita taktau soalan sesi mana yang senang dan susah so untuk langkah berjaga2 dan untuk menimba pengalaman ambik MUET, sir aku suggestkan kami ambik MUET 2 kali. Kalau nak ambik MUET ni kena bayar rm100 kalau tak silap. Aku bayar guna duit elaun je hehe So, sini aku nak share sikit pengalaman aku ambik muet for the first time. kehkeh 

First exam yang akan kita start dulu ialah speaking. Semua orang takut speaking macam aku sebab aku ni jarang nak speaking dengan orang. huhu Tapi sir aku cakap, tak payah takut sangat speaking ni sebab markah dia sikit je and just cakap kalau merapu pun takpa asalkan tak keluar tajuk. Dalam speaking ni akan ada 2 task, task A dengan task B. Apa beza dia?

Task A : Individual speaking test. Masa ni korang akan cakap semua point yang korang tulis atas A4 paper. Haa, lupa nak cakap, sebelum korang start speaking korang akan diberikan masa untuk baca dan fahami soalan pastu kalau ada apa2 yang tak faham boleh tanya dekat examiner tu. Korang jugak akan diberikan masa untuk tulis point atas paper sebelum mula. Selalunya Candidate A yang akan mula dulu. Pastu masa candidate lain tengah cakap tu korang jangan la tidur pulak. Tulis apa yang candidate lain cakap sebab benda tu berguna untuk task B nanti.
Task B : Group speaking test. Masa ni benda yang korang tulis tu tersangatlah berguna untuk membantu anda nak present nanti. Masa ni korang akan berbincang sesama candidate point mana yang paling bagus. Tapi masa akan diberikan jugak tau. Nak berbincang tu jangan sampai bergaduh pulak. Masa ni bukan nak soal point sapa yang bagus tapi examiner nak tengok kerjasama antara groupmate pilih point tu dan sebab apa point tu dipilih.
Image result for muetspeaking test
Ni pulak gambaran kedudukam candidate dengan examiner nanti.

Untuk writting, listening dengan reading pulak akan dijalankan sekaligus pada hari yang sama. Bagi aku untuk reading dengan writting ni kena buat banyak latihan yang lecture korang bagi and banyakkan membaca untuk mencari idea yang terpendam gittuw. InsyaAllah nanti masa exam tak blank. Kalau listening ni pulak dia lebih nak uji pada kefahaman dan kepekaan kita. Sometimes dia tak cakap direct so kita kena faham sendiri maksud tersirat dia tu. Listening ni aku suka gila tapi bila time exam aku tak suka sebab kami buat exam tu dalam dewan tertutup so bila diorang pasang sound untuk listening tu dia jadi macam bergema. Pastu orang yang cakap tu pulak suara dia macam pelat sikit so hmm......... Cara aku study untuk listening, aku akan bukak radio english macam hitz.fm or apa2 jelah radio kegemaran korang. So masa dj tu tengah cakap, peka dengan apa yang dia sebut dan cuba translate dalam bahasa kita atau dengar news dalam english pun membantu :)

Goodluck untuk semua yang akan ambik MUET nanti :))