Feb 17, 2017

Life in Matrikulasi Kedah. Bruhhh!

Assalamualaikum peoples!
Since result SPM 2016 akan keluar tak lama lagi kan lagi sebulan lebih kan? kan kan? So, saya sebagai senior anda akan menceritakan pengalaman "akak" belajar di matrikulasi. Gittewww. Matrikulasi sekarang sijil dia dah diiktiraf so lepas belajar kat matrik kalau nak cari kerja pun boleh. Tapi kalau boleh belajar la sampai habis then cari kerja. huhu

Image result for kolej matrikulasi kedah

Okey, first of all, masuk matrikulasi bukanlah satu perkara yang perlu disesalkan sebab actually banyak ja kelebihan yang orang luar tak nampak pasal matrikulasi ni. Sebelum terlupa, aku nak cakap yang aku study kat Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun sebab memang mintak kat situ pun. Kat KMK ada program untuk aliran akaun bagi yang minat akaun dan 2 program untuk aliran sains iaitu PST dengan PDT. Tapi tak ada beza banyak antara PST dengan PDT. Cuma PST ada 2 sem ja and PDT ada 4 sem. I got PDT program sebab masa spm dulu kantoi dekat subjek kimia. But lepas masuk matrik ni, subjek kimia ai dah tak kantoi. huhu alhamdulillah. Cana boleh tak kantoi? Matrik bukan susah ka? Stop! Mostly orang akan kata matrik susah pastu kalau pointer rendah kena tendang and whatever jelah. Semua tu tak betul okey. Sebab dekat matrik ni every chapter akan ada kuiz lepas dah habis belajar satu chapter tu. So, kalau korang study betul2 untuk quiz ni in sya Allah senang nak dapat A untuk final exam nanti. Selain quiz, kat matrik ni jugak ada banyak presentation dan presentation ni pun menyumbangkan markah untuk PSPM nanti. Soal kena tendang kalau pointer rendah tu, kalau korang study betul2, kerja semua siap, tak ponteng kuliah and tuto, in sya Allah benda2 camni takkan terjadi. Lecturer pun banyak membantu cuma student yang tak nak berusaha pi jumpa lecturer tu sendiri. Same like me :(

Student yang masuk matrik jugak akan diberikan elaun RM250 setiap bulan. Tapi makesure korang berjimat cermat laa sebab elaun ni kadang-kadang lambat masuk. Paham2 jelah ekonomi Malaysia sekarang ni kannn. Makanan kat KMK ni pun affordable so memang takkan ada masalah duit sangat lah. In sya Allah. Koop jugak disediakan untuk kemudahan pelajar membeli keperluan peribadi. Cuma kalau nak jenama branded macam Victoria Secret tu memang tak dapat lah nak oi. Kalau nak outing kat pekan Changlun pun boleh. Kat sana ada Cmart tapi barang agak mahal. Pandai2lah menjadi pengguna yang bijak, hew hew. Kalau nak outing dari kolej ke Cmart tu dalam 10 minit sampai laa and kalau naik teksi kena bayar RM2. Murah je uolss. Outing untuk pelajar perempuan hari jumaat and kalau pelajar lelaki hari sabtu. Nampak tak matrik kedah ni sangat menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. hihi

Dekat KMK jugak ada disediakan transKoop iaitu bas koop bagi yang nak balik cuti naik bas. Haaa, matrik ni lebih kurang macam sekolah berasrama la sebab boleh balik tiap bulan. Kalau nak naik KTM or ETS pun boleh. Kalau dari kolej ke stesen KTM naik teksi around RM30 kalau tak silap. Tapi kalau naik teksi ramai2 boleh la jimat sikit. Dekat kmk jugak ada kemudahan lain seperti masjid, mesin atm dan mini pos. So, kalau nak solat jumaat pun tak payah nak keluar dari kolej, boleh solat kat masjid Khulafa' Ar-Rasyidin ni. Asrama pun disediakan untuk pelajar lelaki Blok A dan pelajar perempuan blok B dan C. Satu bilik ada 4 orang dan bukan katil double decker k. Dah la dapat katil single, pastu dapat meja study sendiri, loker yang besar, siap ada lampu meja, apa lagi yang hampa nak? hihi.  Relax2 "akak" tak maqah hampa pun.

Sampai sini dulu kot cerita pasal matrik ni. Nanti kalau panjang umur, In sya Allah aku akan buat part 2 pulak sekali dengan gambar kolej k. hehe. Kalau ada apa pertanyaan boleh comment kat bawah ni. Nanti I reply satu-satu k. In syaa Allah :) Bye.


*New Update : guys kalau korang nak tgok suasana dekat kmk boleh bukak I punya twitter ok!

Twitter : twitter.com/nrinsyrh_



Apr 30, 2016

Interview UNIKL RCMP

Assalamualaikum.
Semoga sihat selalu dan tabah mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan dusta ini :') So, harini aku nak cerita tentang pengalaman aku pergi temuduga untuk UNIKL RCMP course Radiografi pada 19 April yang lalu. Apa benda Radiografi tu? Aku yakin tak ramai yang tak tahu apa benda Radiografi ni sebab dulu aku pun dari golongan " ramai yang tak tahu apa benda Radiografi ni " hehe


 Radiation Therapists - http://www.medicalfieldcareeroptions.com/medicalimagingcareers.php:


" Radiography is an imaging technique that uses electromagnetic radiation other than visible light, especially X-rays, to view the internal structure of a non-uniformly composed and opaque object (i.e. a non-transparent object of varying density and composition) such as the human body. "

Senang cakap, Radiografi ni macam X-ray la. Bila aku study sikit pasal Radiografi ni sebab nak buat persediaan interview nanti, aku rasa Radiografi ni sangat interesting okey. Untuk maklumat lanjut pasal Radiografi boleh tekan sini. Dalam link tu ada macam-macam maklumat pasal Radiografi dan ada kuiz sikit pasal Radiografi. Aku pun try buat kuiz tu. Not bad hehehe 

Berbalik kepada UNIKL tadi, ramai yang cakap interview UNIKL kena speaking english. Okey, uolls jangan percaya bulat-bulat please?! Sebab aku dah terpecaya bulat-bulat dan esoknya interviewer tu cakap malay. Aku tak tipu k. Dia memang cakap full malay. Masa tu aku tak tahu nak rasa apa sebab malam sebelum tu aku memang pulun gila buat searching all in english. Semua aku hafal dalam english sebab english aku taklah pro sangat. Then bila interviewer tu tanya soalan and cakap dalam bahasa melayu aku jadi kelu sampai lidah rasa keras tak boleh cakap melayu. SERIUS WEH! Kesimpulannya, jangan hafal tapi FAHAMKAN. So, kalau nanti interviewer tu tanya dalam bahasa apa pun, InsyaAllah hampa boleh jawab :D Untuk memudahkan semua, aku akan share macam mana nak susun dokumen dalam fail.( rajinnya dak ni )
  1. Salinan Ic *
  2. Surat Beranak
  3. Sijil Berhenti Sekolah *
  4. Slip SPM *
  5. Sijil2
  6. Surat Tawaran Temuduga *
Yang ada tanda * wajib potostate k. kalau tak diorang tak layan. 

Nasihat aku, masa nak gi interview nanti pastikan datang awal sebab peluang untuk diterima tu lebih cerah. hehe Masa aku pergi tu dalam pukul 8 dah ada orang. Start interview pukul 9 kalau tak silap. Bagi yang perempuan, sebaiknya pakai la baju kurung dan kasut bertutup yang simple. Haritu aku gi interview pakai wedges pastu tengok semua orang pakai kasut bertutup. Masa tu hanya tuhan yang tahu apa aku rasa. kahkah Untuk course aku ni tak ada IQ Test. Alhamdulillah sangat :) * Aku siap install IQ TEST kat google playstore k sebab ingat kena buat IQ TEST. Gigih kan aku ? *    

Satu lagi tips aku nak bagi, untuk menutup rasa ke'nervous'an kita ni, bila interviewer tu tengah cakap, tenung mata dia dalam-dalam and angguk-angguk seolah-olah kita betul-betul fokus mendengar apa yang sedang mereka cakapkan. Sebab aku rasa ini boleh sembunyikan perasaan kita tu. Nasib la kalau interviewer tu hensem hahah Aku dapat yang tua sikit U_U

Dan pada 25 April yang lalu, di waktu petang yang riuh dengan kicauan burung yang hendak pulang ke sarang, aku terima satu sms dari nombor yang tidak dikenali. Rupa2nya tu mesej dari pihak UNIKL. Katanya aku telah diterima untuk pengambilan Jun. Hmm Pastu dia suruh check website untuk maklumat lanjut. So aku pun check la tapi aku masih ragu2 sebab betul ke aku dapat ni? Kenapa kat situ tak tulis " TAHNIAH " pun? Pastu esoknya aku call pihak unikl sebab nak kepastian betul ke aku diterima? Kenapa diorang umum awal sangat? Bukan sepatutnya 13 Mei ke baru umum? 3 kali okey aku call sebab asyik silap number je -.-' Bila aku dah dapat bercakap dengan pihak pengurusan UNIKL tu, suara pulak pelan. Adui -.-' Stress sebab aku tak dapat jawapan untuk persoalan aku. Lepas dapat tawaran tu taktau nak rasa teruja ka apa sebab tarikh tutup penerimaan tawaran tu 6 Mei. Upu lambat lagi keluar. huhuhu sedih nak oi U_U Minggu ni memang banyak betul benda aku kena fikir. Sampai jerawat dah buat perkampungan kat muka aku. Serius !!!!

Lepas dah fikir habis-habisan, aku buat pilihan untuk menolak tawaran tersebut dan sekarang aku rasa macam lebih berminat kepada STPM. hahaha Dulu aku memang takmau masuk f6 dan tak terfikir nak masuk f6. Tapi sekarang bila aku dah tau kelebihan f6, rasa seronok membuak-buak nak masuk f6. Tapi mungkin aku gi lapor diri dulu kot. hehe

Akhir kata, belajarlah dengan ikhlas kerana Allah. Jangan risau kalau dapat course yang susah dapat kerja ka apa sebab rezeki tu di tangan Allah right? Siapa kita nak ganggu urusan Allah. Senyum :)








    With Love,
Nur Insyirah