Alhamdulillah aku dah tamat zaman persekolahan. Result SPM pun dah keluar haritu. Tak tau la bila dia nak balik. hahah lawak hambar -.-
FYI, aku nak cerita pasal tips study last minute berdasarkan pengalaman yang sudah aku tempuhi. Aku tak sure la orang lain macam mana tapi bagi aku, study last minute ni banyak memberikan faedah kepada aku. hahah Sebab masa awal-awal tahun dulu, seru belum sampai. So, banyak benda yang aku tak faham. Aku jamin ramai orang yang spesies macam aku ni kan? Kalau tak ramai tu, aku tak tau la hampa ni spesies apa. huhu Dan, ramai orang kata study last minute ni nanti result pun mcam last minute. Noo!! Aku tak setuju 100% sebab apa? Sebab aku dah menempuhinya laa. Kan aku dah cakap tadi? hahah lawak hambar lagi. So, terimalah tips yang tak seberapa ni. huhuhu
1) Guna buku rujukan nipis
Adik-adikku, orang selalu cakap bila dah last minute, mana sempat nak baca buku kan? TIPU! Sebab selama ni aku kalau ada exam PAI ( Pendidikan Agama Islam ), malam nak exam baru baca buku sebab kalau baca awal-awal nanti tak ingat. Even masa nak ambik SPM pun aku start study PAI sehari sebelum nak jawab exam esok. Tak tau la hampa macam mana tapi kami selalu buat macam tu. Alhamdulillah result PAI kami cemerlang. Tapi untuk subjek lain macam bio, fizik and chemist, aku tak sure hampa boleh guna cara ni 100% sebab banyak experiment yang kena ingat. huhu
2) Buat nota poket
Tips ni aku syorkan hampa buat untuk subjek sejarah sebab bagi aku, subjek sejarah ni banyak sangat peristiwa yang kena ingat. Kalau tulis simple-simple pun dah cukup. InsyaAllah boleh ingat dan huraikan sendiri. Subjek sejarah ni sangat mustahil nak habiskan dalam masa sehari. Tapi kalau baca awal-awal sebelum hari exam payah nak ingat pulak ( bagi aku la ). So, buat nota poket adalah yang paling munasabah buat masa ni. Kalau adik-adik rajin nak buat untuk subjek bio, kimia or fizik, silakan. Jangan kata akak tak payung.
* Untuk adik-adik PT3, Akak ada tips khas untuk hampa. Tips ni akak buat malam nak ambik exam PMR dulu dan alhamdulillah sejarah akak cemerlang. Apa yang akak buat ialah, malam nak exam tu buat latihan buku past year dari awal sampai habis. Kalau tak sempat baca buku pun jangan risau. Buat ja latihan past year banyak-banyak. InsyaAllah ingat bila nak jawab soalan objektif esok !
3) Tingkatkan Usaha
Percayalah adik-adik sekalian bahawa sesungguhnya waktu-waktu last minute macam ni kita akan lagi faham dan rajin berbanding awal tahun dulu. Sebab masa ni otak kita dah faham yang kita akan menduduki peperiksaan tak lama lagi. heheh Dan waktu-waktu macam ni benda yang complicated pun kita akan rasa macam senang. Contohnya macam subjek Addmath yang orang cakap susah sangat sampai tak boleh bawa bincang. Kalau kita tak usaha nak bawa bincang, macam mana nak selesaikan masalah right?
4) Banyakkan amalan sunat
Kalau tak sempat habiskan semua chapter, jangan panik! Tenang dan banyakkan selawat. Sebab selalunya bila kita panik, banyak benda yang kita baca akan lupus perlahan-lahan satu persatu. Jangan berhenti berdoa dan percaya padaNya.
* Bila dah dapat result nanti, terima dengan hati terbuka. Cemerlang atau tak jangan lupa ucap alhamdulillah dan sentiasa bersangka baik dengan Allah sebab mungkin ini yang terbaik untuk kita. GOOD LUCK !!
With Love,
Nur Insyirah
No comments:
Post a Comment