Wednesday, May 16, 2018

Life in Matrikulasi Kedah, Bruhhh! ( Part 2)


*ignore my awkward pose =.=*

Assalamualaikum :) 
Since ramai adik2 bertanya pasal life dekat matrik best ke tak? Maka terhasillah part 2 ni. hehe. sesiapa yang belum baca part 1 boleh > tekan sini < fyi, akak baru habis matrik 5/5/18 yg lalu. alhamdulillah. Sekarang tengah tunggu result PSPM IV. Doakan sis ! So harini akak nak listkan pros dangan cons sebagai seorang student matrikulasi :) kita mulakan dengan pros dulu ye

Pros
  1. Life dekat matrik ni lebih teratur and sesuai untuk yang tak pernah duduk asrama so bila jejak uni nanti taklah rasa homesick sangat atau kena kejutan budaya sebab asrama kat matrik ada felo yang jaga kita and bawak gi klinik kalau ada emergency ke apa. Makanan pun mur mur and sedap hehe. So penjimatan dah banyak kat situ.
  2. Setiap bulan akan dapat elaun rm250 bagi pelajar yang layak ( Start batch 17/18 student yg pendapatan keluarga rm10000 keatas tak layak dapat elaun. Kalau tak silap la ) So bagi pelajar yang kurang berkemampuan, duit elaun ni sedikit sebanyak dapat ringankan beban kita :) Pastu kita pun layak dapat baucer buku rm150 lagi tau :D
  3. Banyak kemudahan macam mesin atm, transkoop ( kolej lain taksure ada ke tak tapi matrik ada bas untuk student jauh balik kampung masing2 ) , ada koop yang jual macam2 kemudahan, mini pos dan banyak lagi. CC pun ada untuk sesiapa yang tak ada laptop. Kalau nak makan makanan sedap2 sikit boleh order dekat abang cc mintak tolong belikan tp ada extra charge la dalam seringgit camtu hehe
  4. Pembelajaran pun best sebab lecturer semua best2, muda2 and cantik2 hahaha. kalau dapat lec yang sporting lagi best sebab selalu belanja macam2. Pastu matrik ada cubic yang lebih kurang macam bilik guru. Kalau tak faham apa2 boleh terus gi cubic tanya lecturer sebab lecturer ramai and semua baik2 :)
  5. Kat matrik kita dilatih untuk buat presentation kat depan. ni pun sebagai persediaan sebelum masuk uni tau :D
  6. Untuk bilik, akan ada 4 orang stay dalam satu bilik. Tapi jangan risau sebab bilik besaq gila pastu ada kemudahan bilik iron so tak payah susah2 bawak iron dari rumah. Ekceli memang takleh bawak pun :P
  7. Waktu kelas yang stabil, start pukul 8 habis pukul 4 petang. Kalau hari khamis, kelas start pukul 8 - 1 ja sebab selalunya petang khamis tu akan ada mentor mentee atau perjumpaan dengan pengarah dsbginya. Gap untuk solat pukul 1-2. Tapi jangan risau sebab sebelum gap 1-2 selalunya akan ada gap lagi. Senang cerita kalau untung, ada student yang kelas dia start pukul 9 ada yang sehari dia cuma kena attend 3 kelas ja. Tak pressure langsung okey.
  8. Kat matrik ada banyak aktiviti yan best2 macam kelab frisbee, memanah, golf dan sebagainya. Stay matrik bukan kena belajar 24 jam je tau. Pertandingan ratu cantik pun ada ok!
  9. Pastu setiap bulan boleh pulang bermalam 3 hari 2 malam dekat rumah masing2. Tapi aku perasan aku banyak balik rumah sebab cuti banyak sangat. hahah ada minggu yang minggu ni boleh balik, minggu depan pun boleh balik lagi. tak ke seronok macam tu?
  10. Matrikulasi adalah pusat untuk mengambil MUET. So, nanti kalau nak sambung degree tak payah susah2 nak ambik MUET kat tempat lain. Ambik kat matrik je sesiap hehe

Cons
  1. Elaun kekadang lambat masuk sebab faham2 jelah dengan keadaan negara kita ni kan. So kena pandai2 berjimat sebab pernah elaun delay sampai 2 bulan.
  2. Masalah air dengan elektrik tapi ni benda biasalah kan kalau stay asrama huhu
  3. Peraturan macam dekat sekolah. huhu outing waktu weekend ja pastu tak boleh bawak masuk orang luar sesuka hati.
  4. Kena pakai baju kurung sahaja sepanjang kuliah kecuali kalau ada kelas koku kena pakai tshirt kmk. Siapa yang rajin iron baju kurung tu, benda ni bukan masalah besar buat hampa hehe

Setakat ni dulu kot yang boleh akak listkan pros dengan cons belajar dekat matrik. hehe nanti kalau ada lagi, akak update sini or maybe part 3 pulak? :p Kesimpulannya, nampak tak pros dia lagi banyak dari cons?? Tak rugi dik kalau masuk matrikulasi. Senang nak perform insyaAllah :) Siapa yang dapat MATRIKULASI KEDAH tu good luck eh. Belajar rajin2 hehe

Kalau nak tanya apa2 bole dm kat ig atau twitter untuk fast respons !

Twitter: nrinsyrh_
Instagram : insyirahabdulrahim


 Ni dataran bola keranjang depan asrama perempuan :)




Cantik kan kmk?


13 comments:

  1. Kadang tertanya-tanya what if I decided to go for matrics back then. Boleh survive ke tak T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah boleh :) Belajar kat mana2 pun sama ja yang penting niat kita dengan usaha yang kita buat :D

      Delete
  2. i need to share this to all my lil sis out there since i didnt go to one so i dont really know what to explain when they ask me about it.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Time hari pendaftaran tu kan,baju kalau boleh kena iron siap2 dr rumah ka mcm mana ? Tenkiu sis.. *sy dapat KMK 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iron dari rumah sesiap pun boleh. Akak dulu buat mcm tu hehe tahniah dapat kmk :))

      Delete
  5. Lelaki kena pakai baju kemeja ke mase nk pegi kelas ? Pastu dlm seminggu kelas berapa hari ?

    ReplyDelete
  6. First time nak daftar mmg ramai kwn dpt dkt situ ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 kawan dengan roomate dulu pastu dah lama sikit dapat kawan baru masa orentasi/gi kelas :)

      Delete
  7. Assalamualaikum nk tanya perlu ke beli baju sukan putih berkolar? Thank you ��

    ReplyDelete