Saturday, April 30, 2016

Interview UNIKL RCMP

Assalamualaikum.
Semoga sihat selalu dan tabah mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan dusta ini :') So, harini aku nak cerita tentang pengalaman aku pergi temuduga untuk UNIKL RCMP course Radiografi pada 19 April yang lalu. Apa benda Radiografi tu? Aku yakin tak ramai yang tak tahu apa benda Radiografi ni sebab dulu aku pun dari golongan " ramai yang tak tahu apa benda Radiografi ni " hehe


 Radiation Therapists - http://www.medicalfieldcareeroptions.com/medicalimagingcareers.php:


" Radiography is an imaging technique that uses electromagnetic radiation other than visible light, especially X-rays, to view the internal structure of a non-uniformly composed and opaque object (i.e. a non-transparent object of varying density and composition) such as the human body. "

Senang cakap, Radiografi ni macam X-ray la. Bila aku study sikit pasal Radiografi ni sebab nak buat persediaan interview nanti, aku rasa Radiografi ni sangat interesting okey. Untuk maklumat lanjut pasal Radiografi boleh tekan sini. Dalam link tu ada macam-macam maklumat pasal Radiografi dan ada kuiz sikit pasal Radiografi. Aku pun try buat kuiz tu. Not bad hehehe 

Berbalik kepada UNIKL tadi, ramai yang cakap interview UNIKL kena speaking english. Okey, uolls jangan percaya bulat-bulat please?! Sebab aku dah terpecaya bulat-bulat dan esoknya interviewer tu cakap malay. Aku tak tipu k. Dia memang cakap full malay. Masa tu aku tak tahu nak rasa apa sebab malam sebelum tu aku memang pulun gila buat searching all in english. Semua aku hafal dalam english sebab english aku taklah pro sangat. Then bila interviewer tu tanya soalan and cakap dalam bahasa melayu aku jadi kelu sampai lidah rasa keras tak boleh cakap melayu. SERIUS WEH! Kesimpulannya, jangan hafal tapi FAHAMKAN. So, kalau nanti interviewer tu tanya dalam bahasa apa pun, InsyaAllah hampa boleh jawab :D Untuk memudahkan semua, aku akan share macam mana nak susun dokumen dalam fail.( rajinnya dak ni )
  1. Salinan Ic *
  2. Surat Beranak
  3. Sijil Berhenti Sekolah *
  4. Slip SPM *
  5. Sijil2
  6. Surat Tawaran Temuduga *
Yang ada tanda * wajib potostate k. kalau tak diorang tak layan. 

Nasihat aku, masa nak gi interview nanti pastikan datang awal sebab peluang untuk diterima tu lebih cerah. hehe Masa aku pergi tu dalam pukul 8 dah ada orang. Start interview pukul 9 kalau tak silap. Bagi yang perempuan, sebaiknya pakai la baju kurung dan kasut bertutup yang simple. Haritu aku gi interview pakai wedges pastu tengok semua orang pakai kasut bertutup. Masa tu hanya tuhan yang tahu apa aku rasa. kahkah Untuk course aku ni tak ada IQ Test. Alhamdulillah sangat :) * Aku siap install IQ TEST kat google playstore k sebab ingat kena buat IQ TEST. Gigih kan aku ? *    

Satu lagi tips aku nak bagi, untuk menutup rasa ke'nervous'an kita ni, bila interviewer tu tengah cakap, tenung mata dia dalam-dalam and angguk-angguk seolah-olah kita betul-betul fokus mendengar apa yang sedang mereka cakapkan. Sebab aku rasa ini boleh sembunyikan perasaan kita tu. Nasib la kalau interviewer tu hensem hahah Aku dapat yang tua sikit U_U

Dan pada 25 April yang lalu, di waktu petang yang riuh dengan kicauan burung yang hendak pulang ke sarang, aku terima satu sms dari nombor yang tidak dikenali. Rupa2nya tu mesej dari pihak UNIKL. Katanya aku telah diterima untuk pengambilan Jun. Hmm Pastu dia suruh check website untuk maklumat lanjut. So aku pun check la tapi aku masih ragu2 sebab betul ke aku dapat ni? Kenapa kat situ tak tulis " TAHNIAH " pun? Pastu esoknya aku call pihak unikl sebab nak kepastian betul ke aku diterima? Kenapa diorang umum awal sangat? Bukan sepatutnya 13 Mei ke baru umum? 3 kali okey aku call sebab asyik silap number je -.-' Bila aku dah dapat bercakap dengan pihak pengurusan UNIKL tu, suara pulak pelan. Adui -.-' Stress sebab aku tak dapat jawapan untuk persoalan aku. Lepas dapat tawaran tu taktau nak rasa teruja ka apa sebab tarikh tutup penerimaan tawaran tu 6 Mei. Upu lambat lagi keluar. huhuhu sedih nak oi U_U Minggu ni memang banyak betul benda aku kena fikir. Sampai jerawat dah buat perkampungan kat muka aku. Serius !!!!

Lepas dah fikir habis-habisan, aku buat pilihan untuk menolak tawaran tersebut dan sekarang aku rasa macam lebih berminat kepada STPM. hahaha Dulu aku memang takmau masuk f6 dan tak terfikir nak masuk f6. Tapi sekarang bila aku dah tau kelebihan f6, rasa seronok membuak-buak nak masuk f6. Tapi mungkin aku gi lapor diri dulu kot. hehe

Akhir kata, belajarlah dengan ikhlas kerana Allah. Jangan risau kalau dapat course yang susah dapat kerja ka apa sebab rezeki tu di tangan Allah right? Siapa kita nak ganggu urusan Allah. Senyum :)








    With Love,
Nur Insyirah

No comments:

Post a Comment